Tengah menonton program Kalam Pencetus Ummah di Astro OASIS. Banyak ilmu yang aku dapat. Walau topik lebih fokus kepada ciri-ciri terbaik sebagai pendakwah, namum boleh diterapkan oleh aku sebagai panduan menjadi trainer yang lebih baik.
Source : Google
Prof Izzi juga ada share tentang perlunya ilmu agama Islam dalam setiap pakar motivasi. Memang amat-amat perlu. Mendalami ilmu agama dalam memotivasikan orang lain atau dalam mmeyampaikan training atau latihan kepada orang lain banyak membantu memudahkan pembelajaran, sama ada dalam proses penyampaian dan penerimaan.
Pengalaman sebagai trainer dan pendidik selama lebih kurang 15 tahun banyak mengajar aku mengenal manusia. Mengenali mereka meningkatkan kemahiran penyampaian dan persembahan aku. Bukan mudah..... setiap training yang aku sampaikan pastinya dengan kelompok yang berlainan dengan kerena pelbagai, perwatakan berbeza dan expectation serta feedback yang pelbagai.
Source : https://www.facebook.com/BITCSB
Perkara-perkara utama yang pasti akan aku titikberatkan dalam training aku;
Ikhlas dan jujur
Sentiasa aku ingatkan diri sendiri, jangan hanya pandang bayaran semata-mata. Aku pastikan aku betul2 mampu untuk menyampaikan training yang ditawarkan pada aku. Aku akan pastikan aku betul-betul mahir dengan topik yang ditawarkan pada aku. Kalau aku tak mampu aku akan pastikan aku akan tolak tawaran itu dengan baik.
Bersedia
Bersedia lebih awal. Alhamdulillah setakat ini training centre yang aku work with dah tahu style aku, officer akan maklumkan aku 3-2 minggu awal. cuma dalam keadaan tertentu sahaja short notice aku akan terima terutama untuk kursus-kursus bidang aku, like communication, marketing, crm ke! InsyaALLAH. Back to persediaan, penting untuk aku bersedia untuk memahami dengan lebih terperinci apa yang client perlukan. After dapat semua details aku akan buat research and mula menyediakan semua maklumat yang hendak aku sampaikan. Bukan setakat Plan A dan B sahaja tetapi A-Z. Method penyampaian training yang aku gunakan adalah yang terkini dan yang paling bersesuaian dengan audience and participants.
Know your Audience/ Participants
Ni paling penting bagi aku. Actually this is antara maklumat utama yang aku akan question the training coordinator or officer yang in charge. Position level, Education background, Working experience, age, gender, religion, races and others. Maklumat tentang khalayak adalah yang terpenting as a trainer, aku kena tahu. Kenal khalayak kita akan tahu apa keperluan training untuk mereka dan bagaimana untuk capai their expectation... namun tak setiap masa ianya betul. Sebab itu plan A-Z itu penting. Pengalaman mengendalikan dan menyampaikan training selama 15 tahun banyak membantu aku. Syukur pada ALLAH.
Participant Module
Ni pun amat2 penting. Aku akan pastikan module yang aku sediakan boleh membantu participant bukan sahaja sewaktu training malah selepas as a reference untuk mereka. Tapi kadang-kadang ada isu-isu yang tidak dapat dielakkan.....
Itu antara perkara penting yang aku pastikan aku akan lakukan...Tetapi masih banyak lari perkara yang harus aku lakukan. Long Life Learning.....
No comments:
Post a Comment